Monday, June 16, 2014

pilihan


 kita tidak pernah menyangka sebenarnya dalam hidup ini kita banyak membuat pilihan..
-nk pakai baju warna apa? hmm merah lah....
-nk makan apa malam ni? jom pergi steamboat malam ni..

kita akan sedar kita banyak membuat pilihan bila kita perlu memilih antara dua perkara yang besar dalam hidup kita.. pada waktu itu, kita akan rasa resah dan gelisah untuk memilih mana yang terbaik... padahal sebelum ni kita boleh je pilih ikut kata hati...

kita adalah pemimpin sebab kita pimpin diri kita...
kita yang buat pilihan atau keputusan..
jadi, bila kita hadapi ujian setelah membuat sesuatu keputusan, kita sepatutnya teruskan usaha..fikir kembali mengapa kita buat keputusan itu..
jangan salahkan sesiapa sebab kita yang pilih, kita yang buat keputusan tentang apa yang kita nak buat setiap hari, betul tak?
konklusinya, kita perlu muhasabah diri dan ingat Allah sentiasa bersama kita..:)



Saturday, November 17, 2012

Pejam celik(2x) aku sudah bergelar mahasiswi UTM Skudai..x sangka mase begitu cpt berlalu..

dan kini aku telah berumur 19 tahun..rasa baru semalam aku terjatuh dari basikal ketika mula2 menaiki kenderaan beroda dua itu. aku terfikir apa yang telah aku sumbangkan kepada diri, keluarga ,agama dan negara setelah 19 tahun diberi nafas utkhidup di bumi Allah, diberi akal yg sempurna utk menunaikan tugas khalifah di bumi-Nya...

aku tidak dapat menyenaraikannya.. adakah aku langsung tidak pernah menaburkan bakti?
Ya Allah, kau pimpin lah aku menuju jalan yg benar. bawalah aku terus ke dalam lautan cinta-Mu. aku mahu menjadi insan yang memberi manfaat kpd semua. berilah petunjuk-Mu ya Allah..

Friday, September 16, 2011

ANDAI MASIH ADA RINDU...


Dan hati ini tidak mampu menidakkan rasa cinta,
Cinta yang semakin mendalami diri dan jiwa,
Ku tak bisa memejamkan rasa,
Saat ia nyata makin membara,
Membelah setiap pancaindera dan deria,
Hingga aku lemas dalam kemelutnya.
Tuhan..
Andai penantian ini ada jawapannya,
Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang KAU redha,
Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta,
Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada,
Iringilah Maluku berserta iman di dada,
Agar rasa kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga.
Tapi jika qada' dan qadar itu mengatakan sebaliknya,
Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya,
Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya,
Kerana aku insan yang tiada daya,
Maka bantulah aku melupakannya,
Jika itu takdirNYA..
Allah..
Andai masih ada rindu,
Kupohon hilangkanlah ia dari hatiku,
Kerana ketidakpastian itu mengganggu,
Perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu,
Aku tidak rela terusan terbelenggu,
Dalam pencarian permata berharga milikMU..
Ameen.