Saturday, November 17, 2012

Pejam celik(2x) aku sudah bergelar mahasiswi UTM Skudai..x sangka mase begitu cpt berlalu..

dan kini aku telah berumur 19 tahun..rasa baru semalam aku terjatuh dari basikal ketika mula2 menaiki kenderaan beroda dua itu. aku terfikir apa yang telah aku sumbangkan kepada diri, keluarga ,agama dan negara setelah 19 tahun diberi nafas utkhidup di bumi Allah, diberi akal yg sempurna utk menunaikan tugas khalifah di bumi-Nya...

aku tidak dapat menyenaraikannya.. adakah aku langsung tidak pernah menaburkan bakti?
Ya Allah, kau pimpin lah aku menuju jalan yg benar. bawalah aku terus ke dalam lautan cinta-Mu. aku mahu menjadi insan yang memberi manfaat kpd semua. berilah petunjuk-Mu ya Allah..