Friday, September 16, 2011

ANDAI MASIH ADA RINDU...


Dan hati ini tidak mampu menidakkan rasa cinta,
Cinta yang semakin mendalami diri dan jiwa,
Ku tak bisa memejamkan rasa,
Saat ia nyata makin membara,
Membelah setiap pancaindera dan deria,
Hingga aku lemas dalam kemelutnya.
Tuhan..
Andai penantian ini ada jawapannya,
Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang KAU redha,
Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta,
Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada,
Iringilah Maluku berserta iman di dada,
Agar rasa kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga.
Tapi jika qada' dan qadar itu mengatakan sebaliknya,
Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya,
Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya,
Kerana aku insan yang tiada daya,
Maka bantulah aku melupakannya,
Jika itu takdirNYA..
Allah..
Andai masih ada rindu,
Kupohon hilangkanlah ia dari hatiku,
Kerana ketidakpastian itu mengganggu,
Perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu,
Aku tidak rela terusan terbelenggu,
Dalam pencarian permata berharga milikMU..
Ameen.

Thursday, September 15, 2011

SYUKUR ALHAMDULILLAH..

Assalamualaikum...


hampir 4 bln aq x post pape kt blog..
sejak menjejakkan kaki ke alam matrikulasi, terlalu payah utk digambarkan betapa sibuknya kehidupan seharian..
tika saat ini, aq curi sedikit masa utk menulis...


Ketika pertama kali menjejakkan kaki ke kolej matrikulasi johor, perasaanku bercampur baur..
maklumlah, x pernah berjauhan drpd keluarga..
aq risau aq xdpt adapt new environment...
tp, yg paling aq risau adalah adakah aq akn dpt memilih kwn yg betul?
ALHAMDULILLAH...
Allah ketemukan aq dgn roomates yg sgt baik dan rakan2 yg sgt supportive...
ALHAMDULILLAH...
Allah permudahkan hidupku di sini...


PSPM 1 semakin hampir..
MUET SPEAKING test bakal ku duduki..
ku pohon agar Allah permudahkan laluanku dan berikan aq petunjuk  utk mencapai masa depan yg cemerlang...insyaallah.....


rakan praktikum yg paling rapat..


the best roomates..

Friday, May 20, 2011

SEMINGGU TANPA WARGA BMM NAGANO 1..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ASSALAM..

dah lama rasanya wani x tulis..

ini gambar warga line 1..
line yg paling gempak..
semakin lama, bilangan warga line 1 semakin berkurangan..

pengalaman dan kenangan di bmm nagano 1 akan kusimpan dlm ingatan..
moga2, kita akan bertemu lg jika dipanjangkn umur..

mungkin kalau wani x ikut cakap mak keje kilang, sudah tentu kita akan berjumpa...

sempat posing dikelilingi brg2 bmm nagano 1...ini antara hasil titik peluh kami..cehh..


Tuesday, May 3, 2011

LEGA SUDAH..

ASSALAMUALAIKUM....




alhamdulillah , wani dpt mengharungi detik2 yg mendebarkan td..



tulis mcm td nikah jep..haha



pagi tadi, wani menghadiri temuduga SPA(SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM)















MULA2, BERDEBAR-DEBAR JGK..

HANYA ALLAH YG TAHU BETAPA LAJUNYA DEGUPAN JANTUNG WANI TADI..


Saturday, April 23, 2011

RINDUNYA PADA YANG DUA..



ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! YA RASULULLAH!!!






AKU RINDU PADAMU..entah mengapa jiwa batinku meronta-ronta utk untuk sentiasa menyebut nama-Mu ya Allah ya Rasulullah..






air jernih mengalir



tika menyebut nama-Mu



sebak, pilu



mengenang dosa2ku



YA ALLAH ampunilah dosaku



lindungilah aku ya Allah



Tuesday, April 19, 2011

YANG MANA HARUS KU PILIH?


THE ROAD NOT TAKEN.. by Robert Frost


Two roads diverged in a yellow wood,

And sorry I could not travel both,

And be one traveler,long I stood,

And looked down one as far as I could,

To where it bent in the undergrowth;

Saturday, April 16, 2011

BATAS-BATAS PERCINTAAN ANTARA TERUNA DAN DARA


ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


hari ni wani nk kongsi apa yg wani baca drpd novel islamik yg bertajuk " Warkah Cinta Berbau Syurga"... kebanyakan ilmu yg wani tulis dlm blog ni wani dpt dr novel ni...

novel ni masih berkisar tentang percintaan..tetapi, tentang percintaan yg dibatasi dgn batas2 yg mungkin pembaca sekalian x pernah terfikir..

mereka bercinta x spt pasangan kekasih yg lain..,mrk x melabel mrk sbg pasangan kekasih walaupun dalam hati masing2 saling menyayangi...


PERCINTAAN ANTARA TERUNA DAN DARA PERLU DIBATASI DGN HUKUM SYARIAT YANG KETAT...


cara teruna dan dara bercinta ada banyak..yang menjadi asas dalam percintaan adalah komunikasi atau perhubungan.. apabila wujudnya komunikasi secara lisan,sentuhan atau pandangan, semua itu berkait dgn hukum..


baiklah..wani bercakap drpd pandangan ustaz yg terdapat dlm novel ni..


  • apabila kita memandang wanita, kita tidak boleh memandang bahagian tubuh yg blh merangsang syahwat..apatah lagi jika melihat auratnya, itu hukumnya HARAM.. bahagian tubuh wanita yg dibenarkan oleh syarak untuk didedahkan hanya wajah dan telapak tangan..jadi, bila memandang kita perlu awasi pandangan kita dengan sebaik-baiknya..

itu baru disebut dr segi pandangan, sekarang kita beralih pula pada cara berbual:



  • diharamkan bg kedua-dua pihak menggunakan mersik suara yg blh merangsang syahwat. biasanya, orang lelaki tiada masalah, sebab semua lelaki yg normal mempunyai suara yg garau dan tidak menggoda... hukum suara ini khusus kpd kaum hawa..

maknanya kaum hawa x blh suara mengada-ngada..bagaimana plak klu suara dia mmg sudah menggoda sejak lahir lg? ada ke?hahaha..


kalau kes mcm tu, dia perlu kurangkan bercakap dgn lelaki. tetapi, kebiasaannya suara blh dilatih utk bercakap dgn nada yg serius atau tidak mendayu-dayu..


"tetapi ustaz, tidak seronok bercinta klu bercakap mcm robot. iyalah, sudah kena control nada, sekali bunyi mcm robot.mestilah tidak best..haha"


"buat apa mahu seronok bercinta. kahwinlah dahulu baru berseronok."


beralih pula pada bab bersentuhan:



  • bagi yg blm kahwin, hukumnya mmg jelas HARAM. tidak blh pegang2..khususnya jika bersentuhan antara kulit dengan kulit..kalau berlapik, bergantung kpd keadaan dan niat..

" kalau tersentuh tanpa sengaja. tidak apa, bukan?"


kalau tidak ada niat,itu mmg dimaafkan..tetapi, jika ada niat tidak baik, sekalipun kelihatan tidak sengaja. Allah tetap mencatat perbuatan itu sbg DOSA...amal itu bergantung kpd niat..orang blh menipu dan mencari alasan, tetapi Allah tetap tahu niat sebenar seorang pelaku maksiat..






Thursday, April 14, 2011

SALAHKAH BERCINTA?


Bercinta dalam Islam memang dibenarkan...

Bahkan perasaan cinta ini adalah fitrah manusia dan ia perlu disuburkan selalu...


Professor Abdullah Nasih Ulwan iaitu ulama besar dalam dunia Islam masa kini pernah menulis di dalam bukunya yang bertajuk CINTA...

Dia membahagikan cinta kepada tiga kategori:


1. Cinta kepada Allah dan rasul = Ini adalah cinta yang mulia


2. Cinta sesama manusia= Di dalamnya ada cinta kepada ibu bapa dan cinta kepada isteri serta anak2... Cinta ini adalah cinta biasa.. Ia dibenarkan dalam agama..


3. Cinta nafsu= Cinta ang tidak berlandaskan oleh syariat... Ia semata-mata berpaksikan kepada nafsu haiwan.. Ia adalah cinta yang paling keji...Ia dilarang sama sekali dalam agama...



Jika ingin bercinta, lihat dahulu dengan siapa kita ingin bercinta. Kemudian, lihat pula caranya.

Bercinta antara teruna dan dara dibolehkan dalam Islam mengikut batas2 syariat.

Ini kerana cinta teruna dan dara mudah dipesongkan oleh nafsu.


Demi mengawalnya, seseorang teruna atau dara yang ingin bercinta perlu jelas tentang hukum syariat berkaitan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi.

Jika dia seorang yang jahil,pasti dia akan melanggar batas2 syariat...


Jika kita bercinta dan dalam masa yang sama dapat menjaga batas2nya, insyaallah kita akan mendapat ganjaran pahala yang besar.

Dengan pahala itu, kita dapat menukarnya dengan syurga Allah...

Jika ingin bercinta, kita perlu mendalami ilmu agama dan tegas dan persoalan hukum...

Jika iman tidak kuat, jangan cuba bercinta..


Allah pernah berfirman, mafhumnya:

" Jangan kamu hampiri zina, sesungguhnya ia adalah suatu perbuatan keji dan mengundang kemurkaan Allah serta seburuk-buruk jalan".


Allah melarang dengan lafaz'JANGAN KAMU HAMPIRI ZINA' - sebarang perbuatan yang menghampiri zina seperti lelaki dan perempuan yang berkenalan tanpa tujuan yang tidak pasti, saling pandang-memandang,berbual dan dating..

Apatah lagi, berpegangan tangan dan bersentuhan..

Semua itu adalah perbuatan yang DILARANG oleh agama..

Wednesday, April 13, 2011

CIRI- CIRI ASAS YANG PERLU DINILAI SEBELUM MEMILIH PASANGAN


1. Diasuh dan dibesarkan dalam suasana keagamaan.

iaitu perempuan yg membesar dalam baitul muslim(rumah yg mana penghuninya mengamalkan ajaran Islam).

Ibu bapanya berpegang teguh pada agama dan rajin beramal.

Mencari rezeki yg halal, memberikan pendidikan yg baik kpd anak2, dan mengasuh anak2 dgn akhlak mulia.

KITA KENA KENAL SIAPA IBU BAPA PEREMPUAN DAHULU, BARULAH KENAL ANAKNYA.. itu asas pertama utk menilai peribadi bakal pasangan kita...

Nabi sendiri pernah bersabda sebagaimana mafhumnya:

"Plilihlah tempat menyemai benih(zuriat) kamukerana keperibadian pasangan kamu akan mempengaruhi zuriatmu"...


2. Pilih yg rajin bekerja dan kurang berbual.

kerana perempuan akan byk membantu lelaki menguruskan hal rumahtangga.

Jika dia rajin bekerja, itu bermkna dia seorang yg amanah.

Tambahan pula, rajin itu termasuk dlm ciri2 org yg beragama.

Nabi pernah bersabda, mafhumnya:

" Sesungguhnya Allah menyukai apabila seorang kamu beramalatau bekerja dan menekuni kerja itu".


3. Pilih yg beragama.

Jika perempuan beragama, dia akan memastikan makanan yg masuk ke dlm perutnya adalh halal dan bersih.

Drpd Abu Hurairah r.a meriwayatkan,katanya Rasulullah s.a.w bersabda,mafhumnya:

" Sesungguhnya Allah itu baik dia tidak menerima melainkan yang baik. Sesungguhnya Allah memerintah orang mukmin dengan apa yang diperintahkannya kepada semua rasul dengan firmannya(seperti yang tersebut dalam hadis yang bermaksud): Wahai sekalian rasul! Makanlah makanan yang baik yang telah kami beri rezeki kepada kamu. Kemudian baginda menyebutkan seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut masai rambutnya dan berdebu mukanya menghulurkan kedua tangannya(berdoa), mahai tuhanku!wahai tuhanku! Padahal makanannya haram dan pakaiannya haram dan (mulutnya) disuapkan dengan yang haram. maka bagaimanakah caranya Allah mahu memperkenankan doanya."


# mengapa perlu pilih yg rajin dahulu barulah pilih yg beragama?

kerana ramai orang belajar ilmu agama tetapi malas mempraktikkannya. lebih baik ilmunya sedikit tetapi rajin beramal.

Nabi juga bersabda:

"Sesiapa yang beramal dengan apa yang dia tahu, nescaya Allah akan mengajarkannya perkara yang dia tidak ketahui lagi".

Lagi kata nabi:

" Sebaik-baik amalan ialah yang berterusan sekalipun dibuat sedikit-sedikit".

Sebagai contoh, cuba tgk bape ramai suri rumah yg menitikberatkan soal halal dan haram makanan di dalam rumah. Masih ramai yang tidak buat usul periksa. Termasuklah yang berstatus ustaz dan ustazah. Kadang-kadang, ustaz dan ustazah suka membeli barang-barang syubahat tanpa menilai makanan itu mempunyai tanda halal atau tidak. Tetapi, bagi yg ada kesedaran dan RAJIN mencari serta memeriksa, mereka akan mengambil berat tentang hukum..


SEMUA CIRI-CIRI DI ATAS BUKANLAH SUATU PERKARA YANG MUKTAMAD. IA BUKAN SERATUS PERATUS BETUL DAN BUKAN SERATUS PERATUS SALAH.

TETAPI, IA ADALAH CIRI YANG DIGARISKAN OLEH AGAMA ISLAM DALAM MEMILIH PASANGAN.

ISLAM MELETAKKAN GARIS PANDUAN UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN KITA DI KEMUDIAN HARI,KEBIASAANNYA HAL INI TEPAT.

CUMA, SEKALI SEKALA ADA YANG GANJIL.






Saturday, April 9, 2011

MENGGAPAI IMPIAN



DeGuPaN JaNtUNg maHa kEnCaNG,

mEnItI DetIk BeRseJaRah,

HaRi BerMulAnYa,

Ku MeNcUrAhkAn,

SEgAlA IlmU YaNg DiPElAjAri,

dI AtAS KerTas...

dUgAaN haDIr TaNPa HenTI,

MEngUJI iMan SEnipIs KulIT bAwaNG...

sEmAkIn HaMpiR hArI Itu,

seMaKIn LeMaH jiWa INI,

MeNaHaN aNGIn KuAT,

yAnG cUBa MeNjATuhkAn,

SemAnGat DaN moTiVasIKu...

PadA-Mu kU mEmoHon,

TeGUhkAn PeNdiRIan,

TekADkAn HatI,

mEnETaPKan SeGaLa UsAHa,

MeNgGaPaI IMpiAn,

yAng hAmpIr PasTI...


*puisi ini wani tulis semasa peperiksaan spm hampir bermula...

ujian pula datang tanpa diundang ketika spm bakal menjelang...

Alhamdulillah, Allah sentiasa menemani wani..

dan berkat doa ibu bapa, guru dan rakan2, wani berjaya hadapinya..

Friday, April 8, 2011

BUKAN NIATKU...


IngIN AkU mElUpakaNmu,

NaMun,

KAdangKala DiRi Ini lUPa,

MuhAsaBaH dIri,

sIaPa aKU...


BuKaN nIaTkU,

mEmBerI SEpEnUH HaTiKU,

iA DaTaNG sEndIri,

tAnPa DiunDang,

KeTikA aKu CuBa MeNJaUH DaRimU...


bUkAn NIaTku,

MeMBukA MUluT,

MeLuAhkAn PerASaaN INi,

uNtUK mEnjAtuhKaN dIrIMu...


AkU INsAn BIaSA,

YaNg KUrAng SEMpUrNa,

tERlEpAS KaTa,

PaDa sAhAbATkU,

mENgeNaI rASa HaTI ini..


KiNI,

HaTi INi sAraT DeNgaN kERiSAuAn,

ReSAh JIKa KaU mEmBEncIKU,

TaTKaLa DiRImu seDAr,

DiRi InI mEngHArAPkaNMU...


HaTi ini tAkUT,

PaBILa TEmAN yANg lAin,

SuDAh mEngESan SiApa DIrImu DaLaM hAtikU,

mEnAmBaHKaN kEkAlUTaN hARikU...



* mungkin ada yg perasan dah 3 kali wani post puisi..

puisi2 ini antara luahan hati wani ketika wani leka mengejar cinta manusia..

betapa wani rugi mengejar cinta yg belum tentu diredhai Allah..



TEKAD HATI


Ku tIDAK peDuli,
dENgan RASA Yang mENyeSAK, DalAM jiWA rEMajaKU, yANG seLAMa iNI, MEMbuatkAN aKU, LEKA, LALAI DAN ALPA, dalaM dUNia kHayALAn, YAng Tidak MEmbERi manFAat paDAku... NalURI hatiKU, meNGArah Aku MENghirauKannYA, MEminta AkU MeMUSaTkan, SEgala FiKIranKu, KePADA MatLAMat hIDUpku, yanG MasIH jaUH Di HAdaPaN, unTUK akU gapAi... aKU bERserah paDA-Nya, yaNG beRKUAsa mENentuKAN takDIRkU, dI SampiNG uSAha yANg BerTerUsan, Untuk mEnEtapKan HAtiKU, MeNGEnDAhkaN PerASaan Ini, yaNg mUlai akU jINAKkan, Agar TiDAK GopOh, DalaM mEnCaRi CiNta sEjaTi, KeRAnA aKu SedAr, DiRi ini tIdAk LayAk, meLAYarI perasAAn Itu, DaN MasIH tIdAk BerSEdIa, mENempUH kEkEcEWaaN...

Thursday, April 7, 2011

CINTA ABADI









AkU tersekSa,

Aku KecEwa,

Aku mENiti HarI-harIKU yg hAMbar,

dgn JUraiANaiR maTA..


HAti Ini MErinTiH Sayu,

HanYA kerANA sEOrang mANUsia,


BaRu ku Sedar,

CInta Pada Mu,

Allah dan RasuL-Nya,

lEBih AGung daN damAI..


aKU meNGHArapkan KEredhaAN-Mu,

dAlam menELUsuri rANjau HiduP,

Agar TetAP daLAm AkidAh yANg BEnar,

AKU meMErlukan Cahaya-Mu,

UnTUK mengISI hatIKU yANG kosoNG...


IZINKAN aku,

MeNcinTAI-Mu,

Ya Allah, Ya Rasulullah,

MeLEBihi dariPaDA SegaLA-gaLanYa...


luahan hati,

insan yg Mengharapkan keredhaan-Mu

Wednesday, March 30, 2011

setiap ujian yg berlaku ada hikmahnya..


salam ukhwah...


baru2 ni, slh seorg sahbat wani ditimpa pelbagai musibah dlm masa satu hari..

musibah itu lbh kpd masalah..


wani xkn cerita apa masalah yg menimpa sahabat wani..

wani hanya mahu mengingatkan pd diri wani dan kwn2 agar tabah menghadapi segala ujian yg Allah berikan..selesaikan masalah satu2 dan jgn sesekali merungut dgn ujian yg Allah berikan..krn Allah menguji hamba-Nya dgn ujian yg hamba-Nya mampu atasi..


percayalah.. JIKA SATU KEKECEWAAN, KEGAGALAN DAN UJIAN YG KAMU LALUI DIHADAPI DGN TABAH, insyaallah ALLAH AKAN BERIKAN SERIBU KEGEMBIRAAN DAN KEJAYAAN YG TIDAK TERKIRA NIKMATNYA..


itulah kata2 yg wani pegang dan wani sentiasa muhasabah diri jika berlaku dugaan yg dtg, Allah ingin menguji diri wani dan Allah sayangkan diri wani..sbb itulah dia ingin menguji sejauh mana tahap keimanan wani..


Saturday, March 5, 2011

KESILAPAN BESAR YG DILAKUKAN MUDA-MUDI DLM MEMILIH PASANGAN

1. MENGUKUR PADA YG ZAHIR


CTH: apabila lihat yg cantik, terus berkenan..


Mudah sgt tertipu dgn luaran. Nabi juga ada menyebut:


" Barang siapa yang mengahwini wanita kerana kecantikannya, akan diharamkan ke atasnya harta dan kecantikannya"


Mesti ramai yg tertanya-tanya kalau cinta pandang pertama salah ke..


Bukan tidak boleh, cuma cinta pandang pertama kurang sesuai dijadikan ukuran dalam memilih pasangan. Perlu ada penilaian yg lebih mendalam.


2. MUDAH BERKENAN PADA PUBLIC FIGURE


Biasanya lelaki suka memilih perempuan yg namanya disebut-sebut di khalayak ramai. Sebab inginkan populariti. Buakn semua lelaki begitu, tetapi KEBANYAKANNYA mmg begitu..





"Habis, tidak boleh kahwinlah dgn orang masyhur spt Maya Karin?"


Bukan tidak boleh. Periksa dahulu kenapa nama seseorang itu disebut-sebut. Jika kemasyhuran itu disebabkan ilmu dan agamanya, itu tidak mengapa. Jika sebaliknya, itu wajar dijauhi. Lagipun nabi melarang wanita mendedahkan suaranya,kecantikannya dan apa sahaja berkaitan dirinya kepada umum. Malah, HARAM bagi wanita memakai perfume yg blh menarik jiwa lelaki.


3. SUKA MEMILIH PEREMPUAN YG SUKA BERCELOTEH DGN LELAKI.


Biasanya perempuan begini kurang menjaga maruah. seola-olah semua lelaki dia mahu tegur. Nabi ada bersabda:


" Barang siapa yang banyak cakapnya, akan banyaklah dosanya. Barang siapa yg banyak dosanya, maka api nerakalah yg paling layak untuknya".





NILAILAH DAHULU SEDALAM-DALAMNYA BERPANDUKAN AL-QURAN DAN HADIS UNTUK MEMILIH PASANGAN HIDUP AGAR DAPAT MEMBINA RUMAHTANGGA YG DIREDHAI ALLAH..INSYAALLAH..


* post ini diambil dan diedit semula daripada novel " Warkah cinta berbau syurga"..