Showing posts with label renung-renungkanlah... Show all posts
Showing posts with label renung-renungkanlah... Show all posts

Tuesday, April 19, 2011

YANG MANA HARUS KU PILIH?


THE ROAD NOT TAKEN.. by Robert Frost


Two roads diverged in a yellow wood,

And sorry I could not travel both,

And be one traveler,long I stood,

And looked down one as far as I could,

To where it bent in the undergrowth;

Saturday, April 16, 2011

BATAS-BATAS PERCINTAAN ANTARA TERUNA DAN DARA


ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


hari ni wani nk kongsi apa yg wani baca drpd novel islamik yg bertajuk " Warkah Cinta Berbau Syurga"... kebanyakan ilmu yg wani tulis dlm blog ni wani dpt dr novel ni...

novel ni masih berkisar tentang percintaan..tetapi, tentang percintaan yg dibatasi dgn batas2 yg mungkin pembaca sekalian x pernah terfikir..

mereka bercinta x spt pasangan kekasih yg lain..,mrk x melabel mrk sbg pasangan kekasih walaupun dalam hati masing2 saling menyayangi...


PERCINTAAN ANTARA TERUNA DAN DARA PERLU DIBATASI DGN HUKUM SYARIAT YANG KETAT...


cara teruna dan dara bercinta ada banyak..yang menjadi asas dalam percintaan adalah komunikasi atau perhubungan.. apabila wujudnya komunikasi secara lisan,sentuhan atau pandangan, semua itu berkait dgn hukum..


baiklah..wani bercakap drpd pandangan ustaz yg terdapat dlm novel ni..


  • apabila kita memandang wanita, kita tidak boleh memandang bahagian tubuh yg blh merangsang syahwat..apatah lagi jika melihat auratnya, itu hukumnya HARAM.. bahagian tubuh wanita yg dibenarkan oleh syarak untuk didedahkan hanya wajah dan telapak tangan..jadi, bila memandang kita perlu awasi pandangan kita dengan sebaik-baiknya..

itu baru disebut dr segi pandangan, sekarang kita beralih pula pada cara berbual:



  • diharamkan bg kedua-dua pihak menggunakan mersik suara yg blh merangsang syahwat. biasanya, orang lelaki tiada masalah, sebab semua lelaki yg normal mempunyai suara yg garau dan tidak menggoda... hukum suara ini khusus kpd kaum hawa..

maknanya kaum hawa x blh suara mengada-ngada..bagaimana plak klu suara dia mmg sudah menggoda sejak lahir lg? ada ke?hahaha..


kalau kes mcm tu, dia perlu kurangkan bercakap dgn lelaki. tetapi, kebiasaannya suara blh dilatih utk bercakap dgn nada yg serius atau tidak mendayu-dayu..


"tetapi ustaz, tidak seronok bercinta klu bercakap mcm robot. iyalah, sudah kena control nada, sekali bunyi mcm robot.mestilah tidak best..haha"


"buat apa mahu seronok bercinta. kahwinlah dahulu baru berseronok."


beralih pula pada bab bersentuhan:



  • bagi yg blm kahwin, hukumnya mmg jelas HARAM. tidak blh pegang2..khususnya jika bersentuhan antara kulit dengan kulit..kalau berlapik, bergantung kpd keadaan dan niat..

" kalau tersentuh tanpa sengaja. tidak apa, bukan?"


kalau tidak ada niat,itu mmg dimaafkan..tetapi, jika ada niat tidak baik, sekalipun kelihatan tidak sengaja. Allah tetap mencatat perbuatan itu sbg DOSA...amal itu bergantung kpd niat..orang blh menipu dan mencari alasan, tetapi Allah tetap tahu niat sebenar seorang pelaku maksiat..






Thursday, April 14, 2011

SALAHKAH BERCINTA?


Bercinta dalam Islam memang dibenarkan...

Bahkan perasaan cinta ini adalah fitrah manusia dan ia perlu disuburkan selalu...


Professor Abdullah Nasih Ulwan iaitu ulama besar dalam dunia Islam masa kini pernah menulis di dalam bukunya yang bertajuk CINTA...

Dia membahagikan cinta kepada tiga kategori:


1. Cinta kepada Allah dan rasul = Ini adalah cinta yang mulia


2. Cinta sesama manusia= Di dalamnya ada cinta kepada ibu bapa dan cinta kepada isteri serta anak2... Cinta ini adalah cinta biasa.. Ia dibenarkan dalam agama..


3. Cinta nafsu= Cinta ang tidak berlandaskan oleh syariat... Ia semata-mata berpaksikan kepada nafsu haiwan.. Ia adalah cinta yang paling keji...Ia dilarang sama sekali dalam agama...



Jika ingin bercinta, lihat dahulu dengan siapa kita ingin bercinta. Kemudian, lihat pula caranya.

Bercinta antara teruna dan dara dibolehkan dalam Islam mengikut batas2 syariat.

Ini kerana cinta teruna dan dara mudah dipesongkan oleh nafsu.


Demi mengawalnya, seseorang teruna atau dara yang ingin bercinta perlu jelas tentang hukum syariat berkaitan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi.

Jika dia seorang yang jahil,pasti dia akan melanggar batas2 syariat...


Jika kita bercinta dan dalam masa yang sama dapat menjaga batas2nya, insyaallah kita akan mendapat ganjaran pahala yang besar.

Dengan pahala itu, kita dapat menukarnya dengan syurga Allah...

Jika ingin bercinta, kita perlu mendalami ilmu agama dan tegas dan persoalan hukum...

Jika iman tidak kuat, jangan cuba bercinta..


Allah pernah berfirman, mafhumnya:

" Jangan kamu hampiri zina, sesungguhnya ia adalah suatu perbuatan keji dan mengundang kemurkaan Allah serta seburuk-buruk jalan".


Allah melarang dengan lafaz'JANGAN KAMU HAMPIRI ZINA' - sebarang perbuatan yang menghampiri zina seperti lelaki dan perempuan yang berkenalan tanpa tujuan yang tidak pasti, saling pandang-memandang,berbual dan dating..

Apatah lagi, berpegangan tangan dan bersentuhan..

Semua itu adalah perbuatan yang DILARANG oleh agama..

Wednesday, April 13, 2011

CIRI- CIRI ASAS YANG PERLU DINILAI SEBELUM MEMILIH PASANGAN


1. Diasuh dan dibesarkan dalam suasana keagamaan.

iaitu perempuan yg membesar dalam baitul muslim(rumah yg mana penghuninya mengamalkan ajaran Islam).

Ibu bapanya berpegang teguh pada agama dan rajin beramal.

Mencari rezeki yg halal, memberikan pendidikan yg baik kpd anak2, dan mengasuh anak2 dgn akhlak mulia.

KITA KENA KENAL SIAPA IBU BAPA PEREMPUAN DAHULU, BARULAH KENAL ANAKNYA.. itu asas pertama utk menilai peribadi bakal pasangan kita...

Nabi sendiri pernah bersabda sebagaimana mafhumnya:

"Plilihlah tempat menyemai benih(zuriat) kamukerana keperibadian pasangan kamu akan mempengaruhi zuriatmu"...


2. Pilih yg rajin bekerja dan kurang berbual.

kerana perempuan akan byk membantu lelaki menguruskan hal rumahtangga.

Jika dia rajin bekerja, itu bermkna dia seorang yg amanah.

Tambahan pula, rajin itu termasuk dlm ciri2 org yg beragama.

Nabi pernah bersabda, mafhumnya:

" Sesungguhnya Allah menyukai apabila seorang kamu beramalatau bekerja dan menekuni kerja itu".


3. Pilih yg beragama.

Jika perempuan beragama, dia akan memastikan makanan yg masuk ke dlm perutnya adalh halal dan bersih.

Drpd Abu Hurairah r.a meriwayatkan,katanya Rasulullah s.a.w bersabda,mafhumnya:

" Sesungguhnya Allah itu baik dia tidak menerima melainkan yang baik. Sesungguhnya Allah memerintah orang mukmin dengan apa yang diperintahkannya kepada semua rasul dengan firmannya(seperti yang tersebut dalam hadis yang bermaksud): Wahai sekalian rasul! Makanlah makanan yang baik yang telah kami beri rezeki kepada kamu. Kemudian baginda menyebutkan seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut masai rambutnya dan berdebu mukanya menghulurkan kedua tangannya(berdoa), mahai tuhanku!wahai tuhanku! Padahal makanannya haram dan pakaiannya haram dan (mulutnya) disuapkan dengan yang haram. maka bagaimanakah caranya Allah mahu memperkenankan doanya."


# mengapa perlu pilih yg rajin dahulu barulah pilih yg beragama?

kerana ramai orang belajar ilmu agama tetapi malas mempraktikkannya. lebih baik ilmunya sedikit tetapi rajin beramal.

Nabi juga bersabda:

"Sesiapa yang beramal dengan apa yang dia tahu, nescaya Allah akan mengajarkannya perkara yang dia tidak ketahui lagi".

Lagi kata nabi:

" Sebaik-baik amalan ialah yang berterusan sekalipun dibuat sedikit-sedikit".

Sebagai contoh, cuba tgk bape ramai suri rumah yg menitikberatkan soal halal dan haram makanan di dalam rumah. Masih ramai yang tidak buat usul periksa. Termasuklah yang berstatus ustaz dan ustazah. Kadang-kadang, ustaz dan ustazah suka membeli barang-barang syubahat tanpa menilai makanan itu mempunyai tanda halal atau tidak. Tetapi, bagi yg ada kesedaran dan RAJIN mencari serta memeriksa, mereka akan mengambil berat tentang hukum..


SEMUA CIRI-CIRI DI ATAS BUKANLAH SUATU PERKARA YANG MUKTAMAD. IA BUKAN SERATUS PERATUS BETUL DAN BUKAN SERATUS PERATUS SALAH.

TETAPI, IA ADALAH CIRI YANG DIGARISKAN OLEH AGAMA ISLAM DALAM MEMILIH PASANGAN.

ISLAM MELETAKKAN GARIS PANDUAN UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN KITA DI KEMUDIAN HARI,KEBIASAANNYA HAL INI TEPAT.

CUMA, SEKALI SEKALA ADA YANG GANJIL.