Thursday, April 14, 2011

SALAHKAH BERCINTA?


Bercinta dalam Islam memang dibenarkan...

Bahkan perasaan cinta ini adalah fitrah manusia dan ia perlu disuburkan selalu...


Professor Abdullah Nasih Ulwan iaitu ulama besar dalam dunia Islam masa kini pernah menulis di dalam bukunya yang bertajuk CINTA...

Dia membahagikan cinta kepada tiga kategori:


1. Cinta kepada Allah dan rasul = Ini adalah cinta yang mulia


2. Cinta sesama manusia= Di dalamnya ada cinta kepada ibu bapa dan cinta kepada isteri serta anak2... Cinta ini adalah cinta biasa.. Ia dibenarkan dalam agama..


3. Cinta nafsu= Cinta ang tidak berlandaskan oleh syariat... Ia semata-mata berpaksikan kepada nafsu haiwan.. Ia adalah cinta yang paling keji...Ia dilarang sama sekali dalam agama...



Jika ingin bercinta, lihat dahulu dengan siapa kita ingin bercinta. Kemudian, lihat pula caranya.

Bercinta antara teruna dan dara dibolehkan dalam Islam mengikut batas2 syariat.

Ini kerana cinta teruna dan dara mudah dipesongkan oleh nafsu.


Demi mengawalnya, seseorang teruna atau dara yang ingin bercinta perlu jelas tentang hukum syariat berkaitan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi.

Jika dia seorang yang jahil,pasti dia akan melanggar batas2 syariat...


Jika kita bercinta dan dalam masa yang sama dapat menjaga batas2nya, insyaallah kita akan mendapat ganjaran pahala yang besar.

Dengan pahala itu, kita dapat menukarnya dengan syurga Allah...

Jika ingin bercinta, kita perlu mendalami ilmu agama dan tegas dan persoalan hukum...

Jika iman tidak kuat, jangan cuba bercinta..


Allah pernah berfirman, mafhumnya:

" Jangan kamu hampiri zina, sesungguhnya ia adalah suatu perbuatan keji dan mengundang kemurkaan Allah serta seburuk-buruk jalan".


Allah melarang dengan lafaz'JANGAN KAMU HAMPIRI ZINA' - sebarang perbuatan yang menghampiri zina seperti lelaki dan perempuan yang berkenalan tanpa tujuan yang tidak pasti, saling pandang-memandang,berbual dan dating..

Apatah lagi, berpegangan tangan dan bersentuhan..

Semua itu adalah perbuatan yang DILARANG oleh agama..

No comments:

Post a Comment