Saturday, April 16, 2011

BATAS-BATAS PERCINTAAN ANTARA TERUNA DAN DARA


ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


hari ni wani nk kongsi apa yg wani baca drpd novel islamik yg bertajuk " Warkah Cinta Berbau Syurga"... kebanyakan ilmu yg wani tulis dlm blog ni wani dpt dr novel ni...

novel ni masih berkisar tentang percintaan..tetapi, tentang percintaan yg dibatasi dgn batas2 yg mungkin pembaca sekalian x pernah terfikir..

mereka bercinta x spt pasangan kekasih yg lain..,mrk x melabel mrk sbg pasangan kekasih walaupun dalam hati masing2 saling menyayangi...


PERCINTAAN ANTARA TERUNA DAN DARA PERLU DIBATASI DGN HUKUM SYARIAT YANG KETAT...


cara teruna dan dara bercinta ada banyak..yang menjadi asas dalam percintaan adalah komunikasi atau perhubungan.. apabila wujudnya komunikasi secara lisan,sentuhan atau pandangan, semua itu berkait dgn hukum..


baiklah..wani bercakap drpd pandangan ustaz yg terdapat dlm novel ni..


  • apabila kita memandang wanita, kita tidak boleh memandang bahagian tubuh yg blh merangsang syahwat..apatah lagi jika melihat auratnya, itu hukumnya HARAM.. bahagian tubuh wanita yg dibenarkan oleh syarak untuk didedahkan hanya wajah dan telapak tangan..jadi, bila memandang kita perlu awasi pandangan kita dengan sebaik-baiknya..

itu baru disebut dr segi pandangan, sekarang kita beralih pula pada cara berbual:



  • diharamkan bg kedua-dua pihak menggunakan mersik suara yg blh merangsang syahwat. biasanya, orang lelaki tiada masalah, sebab semua lelaki yg normal mempunyai suara yg garau dan tidak menggoda... hukum suara ini khusus kpd kaum hawa..

maknanya kaum hawa x blh suara mengada-ngada..bagaimana plak klu suara dia mmg sudah menggoda sejak lahir lg? ada ke?hahaha..


kalau kes mcm tu, dia perlu kurangkan bercakap dgn lelaki. tetapi, kebiasaannya suara blh dilatih utk bercakap dgn nada yg serius atau tidak mendayu-dayu..


"tetapi ustaz, tidak seronok bercinta klu bercakap mcm robot. iyalah, sudah kena control nada, sekali bunyi mcm robot.mestilah tidak best..haha"


"buat apa mahu seronok bercinta. kahwinlah dahulu baru berseronok."


beralih pula pada bab bersentuhan:



  • bagi yg blm kahwin, hukumnya mmg jelas HARAM. tidak blh pegang2..khususnya jika bersentuhan antara kulit dengan kulit..kalau berlapik, bergantung kpd keadaan dan niat..

" kalau tersentuh tanpa sengaja. tidak apa, bukan?"


kalau tidak ada niat,itu mmg dimaafkan..tetapi, jika ada niat tidak baik, sekalipun kelihatan tidak sengaja. Allah tetap mencatat perbuatan itu sbg DOSA...amal itu bergantung kpd niat..orang blh menipu dan mencari alasan, tetapi Allah tetap tahu niat sebenar seorang pelaku maksiat..






No comments:

Post a Comment